Tuesday, May 11, 2010

Selami hati seorang Ibu

Bukan mudah untuk menjadi dan bergelar seorang wanita yang bernama Ibu.

AYUH KITA SUSURI...

Bermulanya kisah apabila lafaz telah terucap lalu diijab kabulkan dengan seorang insan yang bernama Adam. Setelah diijab kabulkan, dalam beberapa minggu mak disahkan mengandung. Mak bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah meneruskan tugasnya sebagai seorang guru walaupun kandungan ke usia 8 bulan. Mak bangun seawal 5 pagi. Selepas membuat Qiyammulail dan solat Subuh mak terus membasuh pakaian, pas aja habis semua pakaian dibasuh mak jemur di ampaian. Kemudian mak masuk kerumah, mak kemas rumah, macam-macam yang mak buat. Sapu sampah, basuh pinggan, Siram pokok bunga. Pas aja siap semua mak masuk pula ke dapur, mak masak dan sediakan pula sarapan untuk suami yang akan pergi bekerja dan anak-anak yang akan ke sekolah.
Selepas menghantar ayah ke pintu dan bersalaman, mak salam dan sayang setiap anaknya. Satu perkara yang pasti dan tak kan dilupakan, mak pasti akan berpesan pada anak-anaknya. Nak, belajar sungguh-sungguh sampai berjaya. Mak tak nak kau jadi macam mak. Mak nak kau lebih berjaya. Bila dah habis semua urusan, mak persiapkan diri untuk pergi ke sekolah pula. Tugasnya mendidik anak bangsa tak pernah dilupakan walaupun tanggungjawabnya di rumah terlalu berat. Dengan membawa anak di dalam kandungan mak pergi kesekolah. Disekolah mak terpaksa melayan pula kerenah anak murid. Tapi mak tetap sabar, tak pernah mengeluh. Mak cuba untuk bantu ayah mencari pendapatan untuk keluarga. Maklumlah kos sekarang semuanya tinggi.
Bila jam loceng berbunyi, menandakan habisnya kelas pada hari tersebut, mak pulang kerumah. Mak teruskan tanggungjawabnya. Mak masak pula nasi untuk ayah dan anak-anak yang akan pulang dari sekolah. Selepas semuanya dah siap makan, mak melayani pula ayah dan kerenah anak-anak sehinggalah semua anaknya tidur. Begitulah rutin harian seorang Ibu yang tidak pernah ada masa rehat melainkan semua masanya digunakan untuk seisi keluarga.

Sahabat...betapa besar harapan seorang Ibu kepada anaknya. Namun kenapa pada hari ini, masih ada anak yang tidak mengenang jasanya. Yang sanggup menghantar mereka di rumah orang tua-tua, yang sanggup menengking, sanggup juga menjadikan mak seperti orang gaji. Pernahkah kita terfikir....kehendak dan keinginan mereka. Anak sekarang macam-macam. Ada yang dah berkahwin tetapi dibiarkan anak mak yang jaga. Ada yang remaja, buat perkara diluar jangkaan langsung tak pernah fikir perasaan mak. Sedih mak siapa yang tahu. Mak tak pernah tunjukkan wajahnya yang sedih. Mak tak pernah menangis tetapi di hati hanya Allah yang Mengetahui. Ditambah pula, bila mak mendapat tahu anaknya terlantar dihospital akibat kemalangan. Mak dapat pula panggilan telefon, anak uan ada dipenjara.

Tatkala ayah merasa lemah dan sakit, mak juga yang merawat dan menjaga. Mak beri kata-kata semangat pada ayah. Lihatlah betapa Allah berikan kekuatan kepada seorang mak. Kekuatan yang luar biasa.

Sahabat, kisah ini untuk kita bersama-sama hayati.
Sepanjang hidup kita, apa yang kita dah buat untuk gembirakan hati mak???
Pernahkah mak menangis kerana kita???



No comments:

Post a Comment