Wednesday, May 19, 2010

Perjalanan seorang sahabat

Ayuh kita susuri perjalanan seorang sahabat hamba

Seorang sahabat yang dilahirkan di Kedah Darul Aman…hidupnya penuh dengan dambaan cinta TERAGUNG..Walaupun kehidupan keluarganya bukanlah dari keluarga yang kuat beragama namun Allah berikan dia kekuatan untuk terus mendamba cinta TERAGUNG..Dia pernah dikritik hebat oleh guru dan keluarga hanya kerana ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Kata mereka “ buat apa belajar dan ambik kos agama, habis belajar nanti apa yang boleh buat? Dan macam-macam lagi..Namun minatnya yang mendalam dalam bidang agama membuatkan dia mengambil keputusan untuk menyambung pengajiannya tetap dalam bidang agama. Allah mengujinya apabila pada suatu keadaan dia dan keluarga tidak mampu menanggung kos pengajiannya lalu dia terpaksa berhenti belajar. Tidak lama kemudian, dia mendapat tawaran untuk belajar di sebuah kolej university. Tawaran itu diterimanya dengan hati yang gembira. Dalam hatinya dia tidak lagi kisah apapun program yang ditawarkan asalkan dapat belajar di sebuah kolej Islam. Bermula daripada saat itu, dia mula tanamkan azam dan satu nikmat yang tidak ternilai sedikit demi sedikit dia dapat merasai. Sewaktu di tahun pertama, dia terasa manisnya hidup apabila segala ketenangan dia perolehi walau apa jua keadaan yang datang. Dalam mind setnya segala sesuatu adalah positif, berusaha menjauhi maksiat dan berusaha menjaga kesucian hati.Tiga perkara yang sentiasa dipegangnya. Allah berikan dia satu nikmat apabila satu ketika dia pernah merasai saat RINDU yang tidak terhingga dan terucap dengan kata-kata. RINDU pada Allah CINTA TERAGUNG yang selama ini didambakan..betapa kuat perasaan itu sehingga membuatkan dia tertidur dalam kerinduan. Hari silih berganti,kini Allah kurniakan dia pula perasaan CINTA yang sangat hebat tidak dapat digambarkan apabila dia terlalu mencintai Allah. SubhanaAllah,nikmatnya terlalu manis sehingga tidak dapat diucap. Dapat merasai satu nikmat yang teragung dalam hidupnya yang selama ini tak pernah dirasai membuatkan CINTANYA bertambah kuat kepada Allah. Ujian demi ujian datang, namun segalanya terasa satu nikmat. Pelbagai perisiwa yang dialaminya dan mimpinya semuanya pelik. Dia masih mencari sinar itu, sinar cinta yang teragung…sehingga kekadang cinta itu bisa mengatasi cintanya pada manusia. Sehingga dia sanggup kehilangan seorang teman kerana cintanya yang terlalu kuat kepada Allah. Dia ingin sekali berusaha melahirkan generasi-generasi ulama’ professional yang dapat berjuang demi kekasihnya, CINTA teragung. Kata-kata hikmah dan semangat daripada kedua ibu bapanya, dua orang kakaknya dan seorang ustaz terlalu mempengaruhi hidupnya. Mereka inilah yang telah banyak berjasa kepadanya dalam dia mengharungi hidupnya dan bersemangat dalam terus memperjuangkan agama Allah. Pernah satu ketika di waktu merasa senang, dia pernah meminta kepada Allah,” Ya Allah kenapa sahabatnya ini terlalu banyak dugaan sedangkan aku tidak diberi dugaan.Adakah Engkau tidak menyayangiku lagi”,berikanlah aku ujianMu tanda kasih sayangMu kepadaku…

Bersambung……………………..

No comments:

Post a Comment