Friday, October 15, 2010

MUHASABAH DIRI ....

Nukilan ini dari (Hujjatul Islam) Imam Ghazali:

Jika ALlah Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, ia akan membuat orang itu dapat melihat aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia hendaklah menempuh empat jalan berikut:-

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai bahaya yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia mempasrahkan dirinya kepada guru dan mengikut petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara merawatnya, tetapi di zaman ini guru seperti ini amat sukar dicari.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki basiroh (mata hati yang tajam) dan berpegang pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan serta semua aib batin dan zahirnya sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang yang cerdik, orang-orang yang terkemuka dan para pemimpin agama.

Umar RadiyaLlahu 'anhu berkata : "Semoga Allah merahmati orang yang dapat menunjukkan aib-aib kepadaku."

Ketika Salman mengunjunginya, beliau berkata : "Cuba sebutkan perilakuku yang tidak engkau sukai."

Salman menolak dengan halus. Tetapi beliau terus memaksa. Akhirnya Salman berkata : "Aku mendengar engkau makan dengan 2 lauk dan memiliki 2 pakaian: satu engkau memakainya di siang hari dan satu lagi engkau memakainya di malam hari."

"Selain itu adakah hal lain yang engkau tidak sukai?" Tanya Saidina Umar.

"Tidak"

"Sesungguhnya dua perbuatan yang engkau sebutkan tadi telah kutinggalkan," ucap beliau.

Beliau (Saidina Umar RadiyaLlahu 'anhu) pernah bertanya kepada Huzaifah. "Engkau adalah sohibus sir (orang yang mengetahui pelbagai rahsia. Di antaranya Huzaifah mengetahui siapa yang munafik dan siapa yang bukan munafik) RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam yang dapat mengenali orang munafik. Apakah engkau melihat tanda-tanda kemunafikan pada diriku?"

Perhatikan, Saidina Umar dengan kedudukan yang agung dan mulia masih mencurigai dirinya. Semakin cemerlang akal seseorang dan semakin tinggi kedudukannya, ia akan jarang berbangga hati dan semakin sering mencurigai dirinya sendiri. Yang kedua ini juga sudah sukar untuk dicari. Sedikit teman yang mahu berterus terang dan menunjukkan aib kita.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab, pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkap keburukan seseorang. Boleh jadi manfaat yang diperolehi seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya.

Namun, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan menganggapnya sebagai ungkapan kedengkian. Tetapi, orang yang memiliki mata hari jernih mampu mengambil pelajaran dari pelbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

4. Bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian ia tuntut dirinya untuk segera meninggalkannya. Sebab, seorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin lainnya. Ketika melihat aib orang lain ia akan melihat aib-aibnya sendiri.


Tuesday, October 12, 2010

BERSUA KEMBALI...

Alhamdulillah..setelah kian lama akhirnya laman blog ini terisi kembali..Dah berbulan rasanya blog ini tak sempat nak dikunjungi..

SITUASI EXAM...
Satu situasi yang paling menakutkan bagi sesiapa yang bergelar pelajar dan insan yang perlu menduduki peperiksaan..

1. Aku tak study habis lagi, macam mana nak jawab exam ni?
2. Nota-nota aku tak lengkap, ishhh....banyak lagi ni aku tak baca..
dan lain-lain persoalan

Renungi kata-kata yang tersirat ini...

YANG DILIHAT & DIUKURNYA BUKAN SEJAUH MANA USAHAMU,
TAPI..YANG DIHARAP ADALAH SEJAUH MANA TAWAKALMU..PERCAYA NAN JITU,
PERGANTUNGANMU PADANYA...
TAPI..TAK BERMAKNA TIDAK PERLU BERUSAHA...
USAHALAH SEMAMPUMU,
TAPI..JANGAN SESEKALI BERAQIDAH BAHAWA BANYAK USAHAMU PENENTU KEJAYAAN,
TETAPI..BERIMANLAH BAHAWA TAWAKALMU ITU SEBENARNYA HANYA SEMATA-MATA PADANYA..

ITULAH PENENTU KEJAYAANMU.........

Thursday, August 5, 2010

Setelah kian lama..blog ini terpaksa dihentikan sementara dek kesibukkan tugas-tugasan yang perlu dilakukan segera. Yang lebih memerlukan komitmen...

Allahuakhbar, atas tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, atas tiap kesusahan pasti ada kesenangannya...Itulah nikmat dan ujian yang paling manis. Itulah ritma kehidupan seorang mujahidah.

InsyaAllah, blog ini akan diteruskan dengan kalam-kalam hikmah pada masa akan datang.

Sunday, June 6, 2010

Wahai orang yang memandikanku....

Apabila roh keluar dari jasad, dia akan berkata-kata. Seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, roh berkata, “Wahai orang yang memandikanku, aku minta kepadamu atas nama Allah, untuk menanggalkan pakaianku perlahan-lahan kerana pada saat ini aku baru hendak berehat daripada seretan malaikat maut.”

Selepas itu, roh bersuara lagi smbil merayu, “Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau menuang air yang dingin kerana tubuhku terbakar waktu terlepasnya roh dari jasad.”Sewaktu dimandikan, roh merayu lagi,"Demi Allah wahaiorang yang memandikan......janganlah engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka ketika roh dicabut dari tubuh." Setelah dimandikan dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat. Dia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat. Jangan pula ditutup wajahnya kerana dia ingin melihat wajah anak-anak dan suami isteri buat kali terakhir. Sebaik keluar dari rumah dia berpesan,"Demi Allah, pada hari ini aku meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini, aku keluar dari rumah inidan aku tidak dapat kembali lagi buat selama-lamanya."

Sesudah diusung dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumahnya, roh berpesan, "Wahai kekasihku, wahai anak-anakku, wahai saudaraku, janganlah kamu terpedaya dengan dunia sebagaimana ia telah melalaikanku. Sesungguhnya hari ini, aku tinggalkan apa yang aku kumpulkan dengan susah payah. Allah akan menghisab walau sebesar zarah harta yang kamu kumpulkan di alam fana ini. Sekarang baru aku sedar, betapa pentingnya waktu hidup...dahulu aku sering berfoya-foya, aku pentingkan kebebasan hidup, ingin bebas, kata aku, waktu mudala nak enjoy, tapi sekarang aku terima padahnya...azab yang tak terkata........

Friday, June 4, 2010

MAVI MARMARA :-

Semalam, dunia dikejutkan dengan serangan askar Israel terhadap konvoi kemanusiaan yang membawa ratusan aktivis pro-Palestin dari pelbagai negara. Seluruh dunia bersedih,pilu dan berdukacita dengan berita serangan dan pembunuhan yang berlaku.

Pastinya, serangan askar Israel terhadap kapal Mavi Marmara adalah satu tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.
'
Misi murni 'Flotila Kebebasan untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza mungkin tidak mampu dicapai, namun sebenarnya mereka telah berjaya. Mereka sukses memberikan mesej kepada seluruh dunia bahawa Israel adalah jahat dan kejahatan mereka semakin menjadi-jadi.

Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri."
(Surah Al-Maidah, 82)

Alhamdulillah, saya dapat menghubungi seorang rakyat Palestin yang pakar dalam 'Jureselem Studies', Dr. Abdullah Maarof sebentar tadi untuk membincangkan isu ini. Beliau kini merupakan
'senior visiting lecturer' di Universiti Malaya. Menurutnya, serangan semalam menyebabkan banyak negara mengutuk keras tindakan mereka termasuk negara-negara yang pro-Israel. Selain itu, hampir semua media menyiarkan apa yang telah berlaku. Sudah pasti berita-berita tersebut mampu mengubah persepsi sebahagian masyarakat dunia yang masih menyokong Israel atau yang masih kabur tentang kezaliman Israel.

Menurut Dr. Abdullah Maarof, Israel dapat menguasai Palestin kerana mereka menguasai ekonomi dan media. Mereka menggunakan media untuk meraih simpati masyarakat dunia dan melobi kuasa ekonomi antarabangsa. Namun, peranan media dalam menghebahkan peristiwa semalam pasti mampu menyuntik semangat dan kesedaran di kalangan masyarakat dunia terutamanya Muslim untuk terus membantu membebaskan Palestin.

"Kemungkinan kerajaan Israel tidak menjangka untuk membunuh ramai orang dalam kapal Mavi Marmara. Namun pembunuhan yang berlaku (dan ramai yang dibunuh) pasti ada kesannya akan datang," kata Dr. Abdullah Maarof.


Jika kita membaca forum-forum internet seluruh dunia, bukan sahaja ahli forum Islamik yang mengutuk tindakan ganas itu, malah banyak forum lain yang hangat menyatakan kebencian mereka seperti muselive.com dan macam-macam lagi.

Apabila ditanya tentang kemungkinan akan berlaku peperangan besar sekali lagi di Gaza, pakar 'Juruselem Studies' itu memberitahu bahawa ia mungkin berlaku. Selain itu, Hamas telah mengisytiharkan 'intifada' untuk menentang kezaliman Israel.


Firman Allah SWT :

"Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu."
(Surah Al-Maidah, 62)


Peristiwa semalam sepatutnya membuatkan kita sedih dan simpati. Kesedihan itu mestilah kesedihan yang memberikan kita inspirasi untuk terus berusaha (mengikut kemampuan masing-masing) membebaskan Al-Quds; tanah suci kita.

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)."
(Surah Al-Maidah : 55)


Allah SWT menjanjikan kemenangan untuk umat Islam. Adakah kita ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang berjuang untuk kemenangan itu? Fikir-fikirkan.

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan."
(Surah Al-Maidah : 35)


Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dan berjihad di jalan-Nya.

Gambar



Alhamdulillah, artikel ini telah diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian 2 Jun 2010 di muka surat 14.


Klik sini untuk paparan lebih besar

REALITI PEMUDA PEMUDI

WAHAI PEMUDA PEMUDI....


Tiada siapa yang tidak mahukan pernikahan, apatah lagi ditengah lautan godaan dan bisikan hedonisme yang dilanda amuk gelora. Sana sini suasana meresahkan jiwa. Dan bagi pemuda, ia bagaikan suntikan bius yang mengasyikkan. Gelekan si wanita dengan aroma si 'gedik' penggoda. Langsung lupa amaran Rasulullah s.a.w bahawa yang memakai aroma lebihan dari biasa umpama pelacur yang menjual maruah!


Innalillah, menginjak usia, mengejar masa, pemuda semakin resah, kerna ibarat zaman ini zaman kebinatangannya berleluasa. Manakan tidak, hidup manusia bagaikan hidup seekor harimau dominan yang berpaksikan menjaga kawasan dan mencari seberapa banyak harimau betina untuk meneruskan baka. Tapi malang sekali, manusia kini lebih hina dari haiwan-haiwan yang Allah ciptakan.

Mereka mendekati zina. Satu dosa. Mereka melakukan seks rambang. Satu dosa. Mereka membuang anak merata. Satu dosa. Mereka membunuh pula janin dan bayi tak berdosa. Satu dosa. Apakah mereka tidak melihat betapa penyesalan seberat gunung yang akan mereka kendong selepas ini?




Orang muda, darahnya bisa panas serta merta. Kata orang geloranya tidak dapat dikekang dengan sekadar terbuka matanya untuk menjauhi dosa. Ya benar. Tidak dinafikan mengapa baitul muslim juga tumbuh bagai cendawan melata. Ustaz dan ustazah bersungguh-sungguh mencarikan pasangan halal untuk anak muridnya.

Bahkan ada diantara mahasiswa yang 'bersengkang mata' demi memastikan rakannya menerima pasangan hidup yang soleh dan solehah. Walhal dirinya sendiri belum berpunya. Walhal dirinya sendiri dalam gelora.

Melihat sahaja lirikan kelibat muslimah berpurdah, hampir gugur jantungnya. Melihat sahaja muslimah bertudung labuh hingga ke bawah, sudah juling matanya. Bagaimana? Pakaian yang sememangnya sudah menutup aurat masih tetap tidak dapat mengelakkan fitnah. Salah siapa?
Pemuda...pemuda...pemuda.... bagaimana hidup kalian ketika ini? Adakah umpama Yusuf yang sanggup dipenjara demi cintanya kepada Allah?, atau seperti Musa yang sentiasa menjaga maruah biarpun hatinya terdetik untuk si gadis pengembala?

Pemudi, bagaimana kalian pula? Adakah kalian mencontohi Zulaikha yang kabur kerana ketampanan Yusuf?, atau seperti Asiah yang imannya tetap subur ditengah celakanya Fir'aun laknatullah?, atau kalian seperti Sumayyah yang syahid kerana mempertahankan imannya?.

Nah...! Jauh sekali. Kita tidak berhadapan dengan seksaan Fir'aun dan Namrud laknatullah. Kita tidak berdepan dengan pemerintah zalim yang menghalang kalimah Allah seperti zaman Ashabul Kahfi. Kita tidak dikelilingi oleh mata-mata yang sentiasa mengawasi pergerakan kita seperti Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya di tengah jahiliah masyarakat Mekah.

Tetapi kita dikelilingi panahan-panahan hedonisme Yahudi celaka. Kita diselebungi nyanyian dan tarian dari kafir Bollywood sana. Kita dikaburi dengan sinaran harta dan kesenangan dari kafir laknatullah!!!

Panahan-panahan mereka yang berjaya memadamkan semarak api jemaah di Subuh hari. Panahan-panahan kurang ajar yang telah menidurkan pemuda dari bangkit bertahajud di malam hari. Panahan-panahan yang telah menumpaskan pemikiran seorang pemuda yang sepatutnya sedang memegang pedang dan panji Islam di muka bumi ini sambil melaungkan kalimah "LAILAHAILLALLAH!".

YA AYYUHA SYABAB! AINA ANTUM?
WAHAI PEMUDA! DI MANA KAMU?
APAKAH MASIH BERSELINGKUH,
MENARIK SELIMUT DAN BANTAL KEASYIKKAN DUNIA?
APAKAH KALIAN MASIH BERDENGKUR,
MENGECAP MIMPI TARIAN WANITA PENGGODA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, NUN JAUH DI SANA,
PEMUDA PALESTINA BERJUANG MERAIH NYAWA HANYA DENGAN BATU BATA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, NUN DI EROPAH SANA,
MUSLIMAH KITA TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN PENJARA, HANYA KERANA TETAP MAHU BERTUDUNG MENJAGA AURATNYA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, DI SINI, DI BUMI KITA BERDIRI,
RAKAN-RAKAN PEMUDA, YANG CELIK MATANYA, YANG MEMPUNYAI KEINGINAN MEMBANTU KALIAN,
TERCATUK TERPANA KERANA BERSENDIRIAN DITENGAH AMUKAN HEDONISME?

Andai kalian tidak mahu membantu, tidak mengapa. Tetapi sebentarlah. Berikan beberapa ketika untuk mendengar apa yang mahu kami katakan. Kami tidak menghina kalian. Kerana kami sayangkan kalian semua. Kita sama-sama pemuda, ada masalah, kita kongsi bersama.

Janganlah dibiarkan, hanya kerana kalian terleka lantas membuat dosa, kalian rasakan tidak ada yang akan duduk bersama, mendengar kekesalan dan rintihan dari kalian. Kami bersedia! kerana kami juga pemuda. Kami juga merasa. Kami merasa setiap kegundahan yang kalian rasakan.

Ayuhlah wahai pemuda!. Muslimin, muslimah. Alhamdulillah, kita dicelikkan mata kerana Allah. Jadi, jangan sesekali kita memandang sinis dan hina pada sahabat kita yang telah bergelumang dengan dosa diluar sana. Tiada siapa yang tahu, mungkin kelak, mereka akan bertaubat, lantas menjadi muslimin dan muslimah yang hidupnya hanya mengharapkan redha Allah. Dan mungkin kelak, kita akan terjatuh terduduk bergelumang dalam noda dan dosa, Na'uzubillah... tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang mahu.

Bukalah mata, kerna sinar mentari kan tetap terbit jua. Selagi mana nyawa masih ada, selagi itu keampunan Yang Maha Esa masih segar untuk kita. DIA sedang menunggu kita sahabatku. DIA sedang menunggu kita. DIA sedang menunggu kembalinya hamba kepada penciptanya....


Sunday, May 23, 2010

AS-SULUK

ANA INGIN BERKONGSI SEDIKIT ILMU YANG ADA MELALUI PEMBACAAN DARI BUKU “MENCINTAI ALLAH JALAN KEBAHAGIAN DUNIA & AKHIRAT” DALAM NAUNGAN PEMIKIRAN IMAM SYA’RAWI

(ULAMA TERSOHOR DARI TIMUR TENGAH)

MUHASABAH BERSAMA…

JIKA KITA MENCINTAI DAN MENGASIHI SESEORANG ITU, KITA SANGGUP LAKUKAN APA SAJA DEMINYA, KITA SANGGUP BERKORBAN APA SAJA TETAPI KENAPA KITA MALAS UNTUK BERTEMU ALLAH, KENAPA SUSAH UNTUK BERBUAT AMAL….KEBANYAKKAN KITA MENCINTAI BOYFRIEND, GIRLFRIEND, MALAH BOYFRIEND & GIRLFRIEND LEBIH DIUTAMAKAN DARIPADA ALLAH…SANGGUP MENGHABISKAN MASA BERJAM-JAM BERSAMA TEMAN TERSAYANG TETAPI TIDAK SAMPAI 10 MINIT BERSAMA ALLAH, BERJAM – JAM KITA BOLEH DUDUK DIHADAPAN LAPTOP TETAPI BERAPA JAM KITA HABISKAN MASA UNTUK MEMBACA AL-QURAN..SETIAP HARI KITA TERFIKIRKAN SI DIA DAN KENANGAN BERSAMA TETAPI PERNAHKAH KITA MENGHABISKAN MASA BERZIKIR MENGINGATI ALLAH….BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH TERJADI ?????AYUH KITA MUHASABAH BERSAMA…CUKUPKAH HANYA DENGAN UCAPAN AKU CINTAKAN ALLAH ???

BERSAMA KITA SUSURI PERJALANAN UNTUK MENCAPAI CINTA ALLAH..

DALAM BAHAGIAN 1 : MENOLAK KETENTUAN & MEMANJANGKAN UMUR

1. Mengukuhkan niat sebagai langkah pertama

· Sesiapa yang benar-benar menginginkan sesuatu, maka niat tersebut perlulah kukuh untuk mendapatkannya.

· Niat merupakan motivasi yang akan mendorong kita untuk mencapai kecintaan Allah. Cinta inilah yang meliputi segala sendi dan bahagian dirinya. Niat ini perlu benar-benar kukuh KERANA kebanyakkan kita selalu berkata “Saya mencintai Allah” tetapi tidak disusuri dengan penetapan bukti dan perbuatan.

· Mencintai Allah bukan hanya sekadar pernyataan yang kita katakan untuk membuat orang lain merasa puas hati. Kecintaan Allah memerlukan penetapan bukti dan perbuatan, apakah kita telah berbuat sesuatu yang membuktikan bahawa kita benar-benar mencintai Allah???

· Sebelum kita mengetahui jalan untuk mencintai Allah, penting pada kita untuk mengenal dahulu siapa musuh kita yang akan menghalangi kita untuk mendapatkan cinta Allah.

KENALI MUSUH KITA :-

1. Syaitan :-

- Syaitan sebenar dan syaitan yang ada di bumi

- Maksudnya disini segala sesuatu yang menjauhkan kita dari ketaatan kepada Allah dengan cara berfikir yang benar dan SEGALA SESUATU YANG MENGGODA DENGAN KEMAKSIATAN DAN BERUPAYA MENDORONG KITA KEPADA KEBURUKKAN..

- Ada syaitan yang berupa jin, ada juga yang berupa manusia. Tugas mereka tidak lain adalah menyebarkan kemaksiatan dan kerosakkan di permukaan bumi ini.

Dengan definisi yang sederhana ini, maka kita telah mengetahui musuh kita, iaitu syaitan yang mendorong kita kepada jalan kemaksiatan, menghias kerosakkan dan dekadensi moral kepada kita dengan menggambarkan kenikmatan yang diharamkan. Namun melawan syaitan bukanlah praktik yang mudah.

- Hati-hati sahabat, jika kita telah kukuhkan niat untuk mencintai Allah, maka syaitan tidak akan membiarkan kita begitu saja. Akan terjadi peperangan besar antara kita dan dia. Syaitan akan berusaha menjauhkan kita daripada mencintai Allah. Syaitan duduk di pintu-pintu masjid, tempat-tempat ibadah dan zikir, dia berupaya menggoda manusia dengan cara apa saja hingga manusia itu tidak pergi ke tempat tersebut. Syaitan akan megingatkannya dengan urusan-urusan duniawi serta menakut-nakutkanya, jika ia pergi menunaikan solat.

KITA IKUTI KISAH INI :-

- Diriwayatkan bahawa Abu Hanifah r.a..,yang terkenal dengan fatwa dalam urusan agama didatangi oleh seorang lelaki mengajukan permasalahannya. Ia berkata : “WANGKU HILANG, SUNGGUH AKU TELAH MENGUBURKANNYA PADA SUATU TEMPAT NAMUN, BANJIR DATANG HINGGA MENYEMBUNYIKAN DAN MENGHAYUTKAN BATU YANG KU JADIKAN TANDA BAGI TEMPAT WANG TERSEBUT DAN AKU TIDAK TAHU APA YANG HARUS AKU LAKUKAN! ,” IMAM ABU HANIFAH BERKATA : “PERGILAH!, SETELAH SOLAT ISYAK MALAM INI, BERDIRILAH DIHADAPAN TUHANMU UNTUK MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJUD HINGGA TERBIT FAJAR. Selanjutnya, katakan padaku apa yang terjadi setelah itu!” Ketika tiba waktu solat fajar ….lelaki tersebut datangdengan wajah yang berseri, “ aku telah menemukan hartaku”

Kenudian, Imam Abu Hanifah bertanya : “Bagaimana boleh?,” lelaki tersebut menjawab : “Aku terus melaksanakan solat sehingga aku mengingat tempat wang tersebut, serta bila air menghayutkannya dan bagaimana air tersebut mengalir, begitulah aku teliti masalah tersebut dan aku pertimbangkan, maka aku pun dapat mengetahui tempat wang tersebut”

Imam Abu Hanifah tertawa dan berkata : “Demi Allah, kamu telah mengetahui bagaimana syaitan tidak akan meninggalkanmu dan membiarkanmu menyempurnakan malammu bersama Tuhanmu.

Dengan gambaran ini, tentunya engkau mengetahui musuhmu yang pertama memerangimu hingga engkau tidak berjalan pada jalan kecintaan terhadap Allah. Dia akan menghiasimu dengan segala rayuan agar engkau meninggalkan jalan tersebut. Sebagaimana ia telah menipu Adam A.S.,maka diapun diharamkan dari syurga.

PERINGATAN ALLAH KEPADA KITA :

Maksudnya : “ Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebaimana dia telah mengeluarkan kedua orang tuamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya.”

( Al-A’raf : 27 )

Allah telah mengingatkan kita mengenai fitnah syaitan. Fitnah adalah ujian dan cubaan, jika kita Berjaya maka tidak akan terjadi kerosakkan namun, kerosakkan itu terjadi jika kita terjatuh kepada fitnah. Fitnah bukanlah buruk ataupun baik namun, ia adalah ujian untuk mendatangkan kebaikan jika kita berjaya menghadapinya. Akan tetapi, ia akan mendatangkan keburukkan jika kamu gagal dalam menghadapinya.